Make your own free website on Tripod.com

Tamadun China

 

 

Peningkatan Politik

Pemerintahan dan Pentadbiran

Dalam tamadun China perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal kepada pemerintahan telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin dari tahun 221-206 S.M.. Pada masa ini, konsep raja telah bertukar kepada maharaja. Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja. Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam, iaitu Hon Kao Tsu. Pelantikan pegawai-pegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam. Sistem ini diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain. Tokoh penting yang memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi Huang Ti. 

 

Perundangan 

Han Fei Tzu

Dalam tamadun China, sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama, iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif. Teras undang-undang ini adalah daripada falsafah legalisme. Undang-undang ini telah digubalkan dan diperkenalkan oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin. Mengikut falsafah tersebut, undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia. Dalam menjalankan undang-undang tidak harus wujud rasa belas kasihan. Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan. Ini adalah perlu untuk membendung tidakan liar manusia, dan dengan sebab itu raja mestilah memiliki kuasa yang utuh. Undang-undang yang berasaskan falsafah ini bertentangan dengan undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman selapasnya, iaitu Zaman Dinasti Han dari tahun 206 S.M..-8S.M. Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga ke harmonian manusia serta masyarakat.

  

Perluasan Kuasa   Shih Huang Ti

Dalam Tamadun China, perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu di bawah pemerintahan Shih Huang Ti yang telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China. Shih Huang Ti memerintah secara autokratik, iaitu tegas dan mutlak. Beliau juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir. Bagi mempertahankan empayar China daripada serangan orang gasar, beliau telah mengarahkan pembinaan Tembok Besar China.

    Kejatuhan Dinasti Chin telah diganti dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang juga digelar sebagai Maharaja Tentera telah berjaya memperluas kawasan takluknya melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat. Antara kawasan yang berjaya ditaklukinya termasuklah Sinkiang, Lembah Tarim dan Tutor di utara, Yang Tze, Kwangsi, dan Kwang Tung di selatan. pada zamannya, pengaruh China telah tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan dan kemakmuran negeri China telah berjaya diwujudkan.

 

Pengenalan

Latar Belakang Tamadun

Peningkatan Tamadun

Sumbangan Tamadun